Kembalikan Senyuman dengan Hadiahkan Hidangan Berbuka Puasa Yang TERRBAIK!

Kini Ramai terpaksa akur!
Baru nak tarik nafas lega ingin keluar mencari sumber rezeki, rupanya sekali lagi kita perlu hadapi situasi ini. Malah ada yang telah diberhentikan kerja akibat sesetengah syarikat memilih jalan untuk gulung tikar!
Ramadan Tahun ini disambut sangat bersederhana ketika negara sekali lagi di umumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0
Kebanyakkan mereka hanya bekerja biasa demi meneruskan kehidupan. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dengan sedikit bantuan ini, moga dapat mengurangkan beban mereka sekeluarga serba sedikit.
Ada Ibubapa yang sanggup berlapar demi anak-anak kecil yang tidak tahu apa.Yang ramai anak akan bercatu stok makanan setiap hari dan bukan waktu suka-suka masak macam nak raya.Mungkin ada yang pernah makan nasi bersulamkan air dan garam?
Ada lagi ke? Ya! Masih ada lagi golongan seperti itu yang hidup di bandar tapi tak mampu.
Agihan bantuan Kotak Rezeki Penyet diberikan kepada mereka yang memerlukan.
Bersama kita panjatkan doa. Moga wabak penyakit ini segera berakhir. Dan keadaan boleh kembali seperti sediakala.